Resepi Guna Oven

Monday, 9 December 2013 • 16:09 • 0 comments
Ketuhar Pemanas Untuk Masakan Lebih Cepat,
Lebih Lazat dan Lebih  Berkhasiat!!

6 Fungsi memasak - Memanggang
                           - Mengukus
                           - Memanas
                           - Menyalai
                           - Menggoreng
                           - Membakar

Larasan perbagai suhu - termasuk pemanasan semula dan    pencairbekuan.

Memasak 3 hingga 5 kali lebih pantas dari ketuhar biasa.

Pengedaran udara panas memasak dengan  serata tanpa menggunakan lebihan lemak atau minyak.

Mengekalkan khasiat dan kelazatan makanan

Ciri keselamatan pemadam -kuasa automatik.  


Semua resepi berikut telah di uji masak oleh Kak Liza:-
---------------------------------------------------------------
KEK COKLAT

Bahan-Bahan:

150 gm butter
200 gm gula halus
3 biji telur ayam
220 gm tepung gandum (diayak)
1 s/k baking powder (diayak bersama tepung)
30gm serbuk coklat (diayak bersama tepung)
250 ml susu (susu segar)
1 s/k esen vanila

Cara:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang,
2. Masukkan telur dan esen vanila, pukul hingga kembang lagi.
3. Masukkan tep. gandum + serbuk coklat + B/powder sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar. Kacau sebati.
4. Bakar dalam oven bersuhu 180°C hingga masak [dalam 30 minit]
5. Sejukkan dan hiaskan dengan Krim Coklat.


Krim Coklat:
200 gm fresh cream or whipping cream
250 gm cooking coklat
2 s/b minyak jagung

Cara:.
1. Cairkan cooking coklat dengan cara masukkan coklat dalam mangkuk dan panaskan dalam air mendideh.
2. Angkat coklat dari air panas dan masukkan fresh cream daan kacau rata.
3. Masukkan minyak dan kacau rata .
4. Hiaskan diatas kek coklat yg telah sejuk



KEK KEJU 
Bahan:
250 gm krim keju
65 gm butter
120 gm fresh cream
125 gm gula halus
60 gm tepung jagung
30 gm tepung gandum
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam

Topping...Filling blueberry.. bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek atau dalam tin dari supermarket.

Cara:

1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit.
2. Pukul semua bahan sehingga gebu[lebihkurang 20 minit].
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah dialaskan kertas minyak.
4. Masakkan dalam suhu 150 C selama 60 minit.
5. Biarkan kek sejuk betul2 baru di sapukan blueberry topping dan hidangkan




AYAM TANDOORI

1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan

Bahan Perap:
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah Delichef Instant Curry Powder
1 sudu besar Delichef Salted Chicken Seasoning
1 cawan yogurt perisa asli
1 ici halia..............]
1 labu bawang besar......]
3 ulas bawang putih......]
2 biji tomato buah.......]mesinkan
1 pokok daun ketumbar....]
1 sudu besar madu Cosway ]
1 sudu besar minyak......]
garam secukupnya.........]

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dalam mangkuk besar.
2. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak dan garing dalam 1 jam.
3. Terbalikkan ayam sekali sekala.
4. Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi.


PUDING/BINGKA ROTI

Bahan:
A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam


CARA:

1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam

2. Kacau dan gaul rata bahan B.

3. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.

4.Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak

KUEH BINGKA/BAKAR

bahan
6 biji telur
1 tin susu cair
2 tin air
4 cawan tepung gandum
2 cawan gula
pewarna hijau[1/2 caw jus air pandan]
bijan yg telah dogoreng tanpa minyak

cara
1. gaulkan semua bahan kecuali bijan.
2. minyakkan sket loyang untuk bakar adunan ini.
3. bakarkan dalam oven 180'C selama 30 minit.
4. taburkan bijan.
5. bakar lagi 20 minit atau sehingga nampak masak.
6. sejukkan dahulu baru dipotong.


AYAM BAKAR SOS LIMAU

Bahan:
1 ekor ayam di potong 4
1 s/b Delichef Salted Chicken Seasoning
3 ulas bawang merah..........]
1 ulas bawang putih..........] mesin halus
2 inci halia.................]
2 sudu tomato sos
2 biji limau sunkist....perah air
1/2 cawan air
gula
kunyit
butter


Cara:
1. Bersihkan ayam dan lumurkan Delichef Salted Chicken Seasoning dan kunyit. Susunkan dalam loyang pembakar.
2. Bakar dalam oven 200C selama 1 jam atau masak kemasan
3. Susunkan ayam dalam pinggan.
4. Tumiskan bahan yang dimesin dengan butter sehingga wangi.
5. Masukkan air, air limau, sos tomato, gula dan garam secukupnya.
7. Biarkan mendidih sekejap.
8. Angkat dan tuangkan keatas ayam.
9. Hiaskan dengan salad, timun dan tomato.


AYAM BAKAR

1 ekor ayam (anggaran 1.5 kg atau 1.7 kg)
2 s/b madu Cosway
1 s/b air limau kasturi
2 s/b Delichef Salted Chicken Seasoning

1 labu bawang besar - belah 4 tapi tidak putus
2 kuntum bunga lawang ]
5 kuntum bunga cengkih ] bahan A
2 biji buah pelaga ]
2 inci kulit kayu manis ]
5 biji kentang kecil - buang kulit

CARA:

1. Bersihkan dan tos sehingga ayam kering.
2. Gaulkan madu, air limau dan chicken seasoning.
3. Lumurkan ayam dengan bahan no2 dan perapkan selama 2 atau 3 jam.
4. Masukkan bahan [A] kedalam perut ayam.
5. Masukkan juga bawang besar yang telah dibelah tidak putus.
6. Susun ayam dan kentang dalam loyang tahan panas.
7. Bakar dalam oven selama 1 jam 15 minit pada suhu 200 C.
8. Bila sudah masak 30 minit terbalikkan ayam dan bakar lagi sehingga masak dan lembut.
9. Setelah masak, susun daun salad dalam pinggan dan letakkan ayam diatasnya.
10. Sediakan sos lada hitam.


SOS LADA HITAM

Air ayam dari ayam bakar tadi

2 s/b sos lada hitam
1 s/b tepung jagung
bancuhkan
1 cawan air


CARA MASAK

Masak semua bahan dan tuangkan atas ayam.


AYAM BAKAR BBQ

bahan:

1 ekor ayam [potong 8]

2 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/k lada hitam
3 biji cili merah
[semua bahan ini dimesin halus]

1 s/b kicap
1 s/b Delichef Salted Chicken Seasoning
madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven convection suhu 200'C selama 1 jam
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri.

IKAN BAKAR

Bahan-Bahan: 
1 ekor tongkol/siakap/bawal 
1 senduk minyak masak 
1/2 cawan kecil air asam jawa 
2 s/b gula 
garam 

Bahan kisar: 
3 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar 
1 inci halia 
2 batang serai 
10 biji cili hijau 
1 s/b Delichef Flounder Fish Seasoning 

Cara: 
1. Ikan siakap dibersihkan dan ditoskan. 
2. Sapukan sedikit minyak supaya tidak garing semasa dibakar. 
3. Bakar dalam convection oven pada suhu 180'C selama 30 minit. Balikkan juga ikan tu supaya masak kedua2 belah. 
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga wangi dan terbit minyaknya. 
5. Masukkan air diikuti dengan air asam jawa, gula dan garam. 
6. Setelah mendidih dan pekat, baru diangkat. 
7. Tuangkan ke atas ikan tadi. 
8. Hidangkan bersama nasi putih 




   KERABU TERUNG

Bahan....
4 biji terung panjang..potong kecil
200 gm udang...buangkan kulit dan celur
4 biji limau nipis...ambil airnya
1 cawan santan pekat
1 ulas bawang merah..........]
1 biji cili merah............] mayang halus

3 biji cili merah ]
sket belacan ]
2 biji cili api ] kisar/tumbuk halus
1 s/k lada hitam ]
garam

cara.....
1. Bakar terung dalam convection oven selama 30 mminit.
2. Buangkan kulit terung.
3. Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.
4. Hidangkan.

Sorry..NO gambar


AYAM PERCIK

bahan
1 ekor ayam..dibersihkan dan potong 2
3 cawan santan pekat
1 s/k gula
1s/k halba
garam
asam keping

Bahan kisar
2 cm halia
1 labu bawang besar
10 tangkai cili kering
4 batang serai

Cara...
1. Masukkan semua bahan dan ayam dalam kuali.
2. Masakkan ayam tu sehingga separuh masak.
3. Angkat ayam dan kuahnya..masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven 200'C sehingga masak dan kuahnya pekat.
5. Sesekali curahan kuah keatas ayam dan bakar lag.
6. Bila telah masak hidangkan dalam pinggan besar dihiasi ngan salad, timun dan tomato
 

SIakap Masak Sweet-Sour

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
Delichef Flounder Fish Seasoning

Bahan untuk sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
½ botol sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:

1. Ikan dilumurkan seasoning dan bakar dalam oven 180'C selama 30 minit. Terbalikkan dua2 belag supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang dibakar tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain



STEW AYAM ala-ala DIET [masak gunakan m/wave]

Bahan:

500 gm ayam
5 ulas bawang merah/kecil ]
2 ulas bawang putih ] mayang halus
1 inci halia ]
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang[potong 1 inci]
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 batang carrot [potong kecil]
1 biji tomato [belah 6]
1 s/k tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
1 s/k lada hitam
1 s/k minyak bijan
garam secukup rasa...

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
4. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
5. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
6. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
7. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
8. Hidangkan dengan nasi or roti.




IKAN CENCARU SUMBAT

BahaN:
4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang]

Bahan Sumbat

2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
8 tangkai cili merah
1 cawan kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
air asam jawa secukup
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

Cara Memasak
1. Mesinkan bahan sumbat dan gaulkan dengan air asam jawa dan daun kunyit.
2. Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam convection oven dalam suhu 180'C selama 30 minit.
4. Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5. Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6. Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.


STEAK IKAN

Bahan
ikan tengiri
lada hitam
garam halus
[ikan dipotong nipis dan gaulkan dgn lada hitam dan garam. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit. Terbalikan dua2 bahagian]

Sos:Tomato sos
cili sos
bawang putih
bawang merah
lada hitam
sos tiram
[mesinkan dan masakkan semua bahan ini]


Hiasan:
Salad lettuce..potong kecil
Timun..potong serong
Tomato ..potong gelang
Kentang ...goreng garing

Hidangkan:
Dalam pinggan Dinner susunkan ikan yang dipanggang dan tuangkan sos yg dimasakkan dan susunkan bahan hiasan disebelah ikan.


AYAM PERCIK KUAH PUTIH


Bahan:

2 kg ayam [potong 2 keping]
3 cawan santan kelapa pekat dari 1 1/2 biji kelapa
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
garam secukup rasa

Rempah ratus..mesin halus
4 biji bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 camca makan ketumbar
1 camca makan jintan putih
1 camca teh lada hitam

Cara

1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama campuran rempah ratus, santan dan asam jawa sehingga sederhana masak (airnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam dengan beberapa kali.
4. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya.
5. Hidangkan dan hiaskan sedikit bersama telur yang dimasak.

NOTA: Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan tu dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang..curahkan kuah keatas ikan.


NASI AYAM DIET

Bahan:
1 ekor ayam [potong 2]
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 s/b kicap cair
4 tin ssusu beras AAA
2 helai daun pandan[disimpulkan]
carrot[potong dadu]

Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng
garam secukupnya

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b Apple Cider Venigar
gula & garam secukupnya

1. Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan
halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit.
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dipotong mengikut suka.
8. Ayam dipotong kecil.
9. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.


AYAM  MASAK KICAP

Bahan-Bahan:
500 gm ayam (potong kecil)
1 labu bawang besar (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 inci halia (mayang)
3 sudu kicap pekat manis
2 s/b Apple Cider Venigar
Sedikit ladahitam[tumbuk]
kacang peas
Cili merah dan hijau dimayang sebagai hiasan

Cara:
1. Ayam dilumurkan sedikit garam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minitt
2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dimayang sehingga naik baunya dan masukkan ayam yang telah dibakar.
3. Setelah naik bau, masukkan pula kicap pekat manis, lada hitam dan Apple Cider Venigar.
4. Masukkan cili merah dan hijau. Setelah masak, angkat untuk dihidangkan.


LAKSAM

kak Liza selalu buat begini:

BAHAN....
1/2 kg ikan..kembung/selayang[bakar dalam oven 180'C selama 20 minit dan ambil isi]
3 cawan santan ( 1 biji kelapa)
3 ulas bawang kecil
1 hiris halia
1 sudu besar lada hitam....tumbuk
garam secukupnya

ULAMAN...
Taugeh.....buangkan akar
kacang panjang
kobis
kacang botol
Daun kesum
bunga kantan
timun
Semuanya di mayang/racik/hiris halus

SAMBAL....ditumbuk saperti sambal belacan biasa dan perahkan limau
Cili api
Cili merah/hidup
Belacan
Buah limau kasturi/limau nipis

Bahan penting.....Laksanya...macam kuetiauw tu...(selalunya k.Liza beli siap dan balik buat kuah kat rumah jer....belum tamat belajar buat laksanya lagi...)

CARA BUAT KUAH LAKSAM:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan renehkan perlahan-lahan sampai mendideh.
2. Rasakan masinnya.
3. Hidang bersama ulaman yang telah dimayang/hiris halus.
4. Sediakan juga sambal belacan limau kasturi atau limau nipis.



Labels:



PASTFUTURE
♥ Zie Ziana Blog ♥


Blog Zie or Reminder tuk senang crk balik web2 Zie suka baca or Resepi2 yg best2 + tutorial bg mudahkan Zie crk blk kann.
♥ ♥ ♥
Thanks sudi singgah bertandang ke Blog Zie



♥ NEXT PAGE ♥

♥♥♥PAST♥♥♥ ••• ♥♥♥FUTURE♥♥♥

♥ MENU ♥

♥ ZIE ♥




♥ OTHERS ♥

FOLLOW DASHBOARD


FACEBOOK PAGE INSTAGRAM


YouTube TWITTER SMULE


>>YouTube
YouTube
Zi4n4


>>Instagram
Instagram
Zi4n4


>>Fb Pages
FBPages
Zi4n4Official


♥ Zi4n4 ♥

" Zie Ziana "


♥ MY SONG ♥

1. Senyumlah Kembali
(Afeq Poi - PoisonXPDC)

YOUTUBE

2. Mencintai Orang Yang Salah
(CikZatty & RosAmira)
3. Cinta Sampai Disini
(Charly ST12 & KoMpOsEr_MuDa - Wan Razis Ramli)
4. Bicara Kasih
(KoMpOsEr_MuDa - Wan Razis Ramli)

YOUTUBE

5. Dunia
(MrCharger - Syahri)



♥ KARAOKE - YOUTUBE ♥

Bicara Kasih - Zi4n4


♥ JALAN-JALAN REVIEW ♥

abc @Railway
abc
abc
abc
abc
abc
abc
abc




♥ MAKANAN REVIEW ♥

Nasi Kandar Apollo @Railway
abc
abc
abc




♥ SMULE - ZI4N4 ♥

Single Song Cover by Zi4n4
Zi4n4 Following

♥ BLOG ARCHIVE ♥

  • Resepi ~ Lasagna
  • Roti Paun
  • Najwa Latif - Carta Hati Chords
  • Belajar Gitar dari Cumi1569 di YouTube
  • Cara2 bermain Gitar
  • Kek Mentega Kukus
  • Resepi Kek Coklat Kukus
  • Kek Cawan Coklat Kukus
  • Resepi Puding Karamel Gula Hangus
  • Blog Tutorial


  • ♥ QUICK LINK ♥

    Diet
    Resepi
    Resepi Kek
    Smule
    Ayat & Doa
    Gitar
    Petua
    Android
    Info
    Blog Tutorial
    Service

    ♥ RESEPI ♥

    Menu Diet
    Asam Pedas Ikan
    Ikan Masak Singgang
    Udang Goreng Mentega
    Udang Goreng Butter
    Siakap Kukus Chinese Style
    Puding Karamel Kukus
    Mangga Asam Boi
    Kek Mentega
    Pemanggang Ajaib
    Nutella Brownies
    Resepi Gna Oven
    Lasagna
    Roti Paun
    Kek Mentega Kukus
    Kek Coklat Kukus
    Puding Karamel Gula Hangus
    Lala Masak Serai
    Ikan Kembung Masak Pindang
    Ikan Tenggiri Masak Halia Lada Hitam
    Ikan Kembung Masak Thai
    Ikan Masak Asam Cuka
    ♥ MY OLD SMULE LOGO ♥






    ♥ BEST SMULE DUET ♥

    ridzmie
    Dezire_HazrulHaz
    EpulKamikaze
    FirZira
    alanskywalkero
    RyanShahnur
    kuchimaru47
    Fina88
    tanjailani
    --
    --
    --
    --
    --
    --

    ♥ September 2015 ♥

    Dua Insan
    Gurauan Berkasih
    Baldu Biru
    Bila Bulan Berwarna Biru
    Yang Terindah Hanya Sementara
    Sejiwa
    Memori Berkasih
    Harapan Semalam
    Potret
    Sejarah Mungkin Berulang
    Untuk Cinta
    Kau Yang Bertanda
    Bunga Dhia
    Kenangan Terindah
    Melepaskanmu
    Setelah Aku Kau Miliki
    Biar Putih Tulang
    Di Antara Gadis
    Rindu Merindu
    Hati Mati
    Rindu Merindu
    Full-Jinbara
    Dua Insan
    Kau Tetap Dalam Anganku
    Kembali Terjalin
    Hati Mati
    Mahligai Syahdu
    RomanCinta
    Dahsyat
    Kosong
    Selimut Tetangga
    Kau Mawarku
    2 Jiwa 1 Hati
    Salju Di Danau Rindu
    Noktah Cinta
    Janji Padamu
    Noktah Cinta
    Bahagiamu Deritaku
    Sandiwara Cinta
    Sahabat
    The Day You Went Away
    Setiaku Korbankan
    ---
    ---
    ---
    ♥ MONTLY ACHIEVES ♥

    January 2011
    March 2012
    December 2012
    February 2013
    March 2013
    April 2013
    June 2013
    September 2013
    November 2013
    December 2013
    January 2014
    March 2014
    October 2014
    November 2014
    February 2015
    March 2015
    April 2015
    May 2015
    June 2015
    July 2015
    August 2015
    September 2015
    October 2015
    December 2015
    January 2016
    February 2016
    July 2019
    January 2020
    February 2020
    May 2021
    November 2021
    December 2021
    December 2022
    November 2023