♥ Lala Masak Serai
Lala Masak Serai
Bahan bahan:
500g lala dibersihkan dan toskan
3 ulas bawang putih diketuk
1in halia dipotong panjang
5 biji cili api diketuk
3 batang serai dipotong serong
1 sudu sos tiram
1 biji bawang besar dipotong bulat
Daun bawang
Tomato
Garam dan gula Minyak
Cara memasak:
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga harum.
Masukkan serai dan cili api. Kacau seketika
Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata dan masukkan lala. Kacau sekejap sehingga cengkerang lala berubah warna.
Masukkan bawang besar, tomato dan daun bawang.
Padamkan api dan kacau sekejap. Siap untuk dihidang
Credit : http://resepicheff.blogspot.com/2016/06/lala-masak-serai.html
Labels: Resepi
PAST • FUTURE