♥ Kek Mentega Kukus
Kek Mentega Kukus
Bahan-Bahan :
1) Mentega (125g )
2) Gula Pasir (100g )
3) Tepung Gandum (125g )
4) telur (3 Biji)
5) Esen Vanila (1 Sudu besar)
6) Serbuk Penaik (1/2 Sudu kecil )
7) Bikarbonat Soda (1/2 Sudu kecil )
Cara Memasak
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
3. Akhir sekali masukkan serbuk penaik, bikarbonat soda, dan juga tepung gandum.
4. bakar pada suhu 180c selama 45 minit.
Kek mentega sedia untuk dihidang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kek Mentega Kukus Berlapis
Bahan2 :
4 biji telur
1 cawan mentega/marjerin
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1/2 sk soda bikarbonat
5 sb susu pekat manis
1 sk esen vanila
Cara Membuatnya :
1. cara sama seperti buat kek2 lain..mula2 putarkan mentega dan gula hingga putih.
2. masukkan telur satu persatu. putar lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat.
4. jangan lupa esen vanila, susu pekat manis.
5. bila semua dah sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu adunan biarkan warna asal. satu adunan lagi letaklah warna yang disukai juga. kalau rasa nak warna hijau letak hijau la..kalau nak warna coklat letak warna coklat la... ikut suka hati you all lah yer tapi Apis guna kuning tau!
6.pastu tuangkan sedikit adunan kuning dulu ke dalam acuan yang disukai.
7. kukus dalam 10-15 minit.
8.tuangkan pula semua adunan tidak berwarna ke dalam acuan...kukus dalam 10-15 minit juga.
9. akhir sekali tuangkan baki warna kuning tadi , pastu kukus la selama 1 jam...
Labels: Resepi Kek
PAST • FUTURE