♥ Resepi Puding Karamel Gula Hangus
Resepi Puding Karamel Gula Hangus
Bahan2 :
~ 400 ml susu segar/susu cair
~ 5 sudu besar gula halus
~ 3 biji telor
~ 2 biji kuning telor
~ 1 sudu teh esen vanila
Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air
Cara2 membuat karamel
Masukkan 5 sudu besar gula bersama 1 sudu besar air ke dalam loyang.. masak atas api yg kecik.. kalo api besar kang hangus lak.. kacau2 guna sudu bg rata..
Bila dah bertukar kaler keperangan sedikit baru masukkan satu sudu air lagi.. make sure gula dah cair dan bertukar keperangan sepenuhnya..
Ni dia hasilnya.. karamel yg sungguh cun dan tak hangus..
Dalam mangkuk atau bekas, masukkan kesemua telor bersama dgn gula halus.. kacau menggunakan whisker..Kacau perlahan je tau agak2 kasi gula tu sebati atau pun larut.. Jgn pukul beriya2 lak mcm nak buat telor dadar lak.. just gaul selow2 sudahh..
Ni hasil selepas gula dan telor di satukan..
Langkah seterusnya, masukkan susu dlm periuk.. campurkan esen vanila.. masak atas api sederhana..
Kemudian tuang susu td ke dalam adunan telor.. tuang sikit demi sikit sambil tgn kanan kacau adunan
Lastly.. tuang adunan tersebut ke dalam loyang yg berisi karamel..
Sila TAPIS ye adunan tu sblm tuang ..Kena tapis sbb dalam adunan tu mesti ada putih telor yg berketul2.. kalau tak caya sila korang tapis gak.. kalau korang taknak tapis lantak korang lah ye.. hehehe
Tutup loyang guna aluminium foil semasa proses pengukusan..Pastikan periuk kukusan di panaskan terlebih dahulu..Kukus selama 30 minit dgn api sederhana.. Sekiranya selepas 30 minit tapi puding masih lembik, sila tambah lagi masa kukusan.. kukus lagi sampai puding betul2 masak..
Kalau yg takde periuk pengukus boleh jugak guna kaedah bakar.. Tapi kenalah letak loyang adunan ke dalam loyang yg berisi air panas ( kaedah steam bake).. bakar dgn suhu 150 celsius selama 40-45 minit..
Labels: Resepi
PAST • FUTURE