♥
Kain Kipas Belakang..
Merajah Pola
Pola Belakang
- AB adalah labuh kain
-AC 8inci,buat garis melintang lurus di C
-DC keliling punggung bahagi 4 + 0.25,buat garisan menegak E,D,K
-AF pinggang bahagi 4 + 2
-AH naikkan 0.5 bentuk FGA
-bentukkan garisan FD
-KL masukkan 2' ke dalam dan buat garis DL dan LB
-HJ ukuran dari pinggan ke lutut , garis lurus JB
-JM 15'..bahagikan 15' kepada 5..dan akan dapat 5 barisan dgn 3'kelebaran.Tandakan BN,MN
Pola Depan
Gunakan langkah dan pengiraan yang sama cuma abaikan JM,MN dan JB,BN
Cara Potong Kain
Beginilah rupanyer kalau nak potong kain..lupa nak mark..yg atas tu pola dan bawah tu kain..
Bila dah selesai potong,macam ni le rupa keratan kain korang tu nanti..sila jahit tepi dan gosok bahagian semua tepi kain tadi terlebih dahulu k.
Cara Nak Jahit
-Lipat dahulu kain tadi menindih antara belah kanan kain dengan kiri kain..Jahit dari A ke B.Pasang zip kain.
-Jahit jelujur dari B ke C
-Perhatikan cik sue ada tandakan titik X dan Y..
Cara Lipat Kipas Kain
-Pastikan semua lipatan yang akan di buat nanti sama selari yer.ambil titik X dan Y tadi dan bawa ke tengah-tengah cer tengok pic yer.akan terbahagi kepada dua maka cik sue wujudkan titik U dan V.Penitikan garisan XY dengan jarum peniti..ingatt!!! mau selari yerkk..no belok2..rujuk rajah 2.
-Gosok ke dua-dua tepi lipatan tadi dengan kemas jugak...
-Ulangi langkah yang sama untuk titik U dan V rujuk rajah 3.Lepas tu langkah sama lah jugak untuk yang seterusnyer..korang buat la titik sendiri hikhikhik..
-Apabila dah selesai dan siap kipas korang tu,korang pin kan plak bahagian lipatan kipas kat bawah tu dan gosok lagik sekali helai demi helai bahagian tepi.Sebelum tu korang buka la dulu peniti yang korang buat dekat XY memula tadi.
-Buat jahitan empat segi pada bhagian atas hujung lipatan kipas kain..Buat kan juga kain Penampal untuk mengukuhkan jahitan pada bahagian atas hujung kipas kain...ok dahhh siap dah..
- Sila buka kembali jahitan jelujur korang tadi yer.
-Cantum bahagian depan kain dan belakang kain..
Credit : https://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2011/06/kain-kipas-belakang.html
Labels: Jahitan
PAST • FUTURE