♥ Pola Lengan Jubah/Blause
POLA LENGAN
AB-panjang lengan
AC-turun 4inci dan garis lurus garisan .
AD-Titik tengah untuk garisan CB ( siku )
D1=D2-Adalah ukuran keliling siku bahagi 2 ( saya letak 6inci)
B3=B4-Adalah luas bukaan tangan bahagi 2 ( saya letak 7inci)
A5-Garisan ini nak kene guna formula ukuran keliling ketiak bahagi 2.Contoh= 19.5 bahagi 2 adalah 9.75 maka garisan A-5 mestilah 9.75inci.
A6-Buat garisan lurus 1.5 inci
A,6,5-Adalah garisan jatuh bahu yang perlu menggunakan formula : ukuran keliling ketiak bahagi 2 +0.5-0.25
contoh pengiraan 19.5 bahagi 2+0.5-0.25=10
Maka garisan dari titik A,6 yang merentasi titik tengah garisan tadi ke titik 5 adalah sepanjang 10inci.Untuk panduan sila gunakan benang dan ukur garisan ini,
lepas tu korang ukur pulak benang tadi dekat tali inci.
A7- ukuran ketiak bahagi 2 - 1.Buat garis lurus.Garisan ini di bahagi kepada tiga dan tandakan titik2 itu.
A8-Buat garisan lurus 1.5inci
A,8 dan 7 Ukuran ketiak bahagi 2 - 0.5 - 0.25.Untuk Membuat garisan ini sila tengok gambar yer..Sama je ngan yang sebelah dia cuma laluan titik tu berbeza.Sila mabil perhatian dekat situ k.
-Sambung garisan lurus 7,2 dan 5,1
-Bentuk garisan 2,4 dan 1,3 dengan pembentuk
-E4 -naikkan 0.5 inci dan betukkan B4....begitu juga untuk yang sebelah lagi...
Kesimpulan Formula Untuk Lengan
Credit : https://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2011/04/buat-blaouse-part-1.html
Labels: Jahitan
PAST • FUTURE