♥ Pola Jubah
1.Jubah biasa/jubah stail lama.atau jubah A shape
Pola Depan
AB = labuh jubah
AC = ukuran lebar bahu bahagi dua
CE = turun 1"
ADO = tekap bulan leher baju anda :-D ( kije den yg malas kikikiki )
Garis garisan D,E
AF = 1/4 x lilit dada anda
FG = naikkan 4"
GH = bidang dada depan bahagi 2
FI = ukuran lilit dada bahagi 4 + 1"
Ambil pembaris sesiku...
ketemukan point E,H dan I pada satu garisan...
AJ = 15" ( ni saiz biasa,tggi 165cm leh pakai ni..kalau anda rendah kurangkan lah 14" ke...)
nk tepat lagi ambil ukuran real anda..iaitu dari pangkal leher ke pinggang...
JK = turun 8"
KL = ukuran lilit punggung bahagi 4 + 0.5"
BM = ukuran lilit punggung bahagi 4 + 5" atau lebih dan suka hati anda heeee...
MN = naikkan 1" dan ambil pembaris pembentuk dan bentukkan..tengok rajah yer agak2 le korang serongkan tu :-D
Ambil pembaris lurus dan gariskan point I,L dan M
Pola belakang
-Gunakan pola yang sama cuma ubah dua garisan jek...selain keruk leher
keruk leher AP = 1" bentukkan A,P dan D
GQ + 0.5" dari garisan asal GH
FR - 0.5" dari garisan asal FI
Bentukkan E,Q dan R dengan cara yang sama menggunakan pembaris sesiku..
Garis garisan lurus R,L dan M
2.Jubah Moden
Pola Depan
AB = labuh jubah
AC = lebar bahu bahagi 2
CF = turun 1"
SDE = tekap bulan leher anda, garis garisan DF
AG = 1/4 lilit dada anda
GH = naikkan 4"
HK= bidang dada depan bahagi 2
GL = lilit dada bahagi 4 + 1"..bentukkan F,K dan L dengan pembaris sesiku macam CS ajo kat atas okeh
AI = 15 "
IJ= turun 8"
IM= lilit pinggang bahagi 4 + 0.5"
JN = lilit punggung bahagi 4 + 0.5"
BO = lilit punggung bahagi 4 + 4.5" atau sesuka hati anda
OP = naikkan 1"...benttukkan..
garis denga pembaris lurus point L dan M
garis garis garisan M,N dan O
Pola belakang
-Punnn sama gak,guna pola yang sama cuma ubah tang lekuk leher...AS turun 1" dan bentukkan ASD..
-HQ tambah 0.5" dari garisan HK
-GR tolakkan 0.5" dari garisan GL bentukkan F,Q,dan R...
-garis garisan R,M,N dan O
Dat..
-Untuk jubah moden kita nak taruk dat yerkkk..dat belakang sahaja..kalau suka boleh jugak buat dat depan..
-ni dat belakang ni tau...
G1 = 3.5"
3,2 = 4.5"
garis lurus 1,3 dan 2
dari point 3..buat 0.5" ke kiri dan ke kanan 0.5"..bentukkan dat belakang
Credit : https://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2012/10/pola-jubah.html
Labels: Jahitan
PAST • FUTURE