♥ Pola Blause
Pola Blause
Peralatan yang di perlukan
Ukuran yang mesti korang sediakan:-
1.Lebar bahu
2.Ukur keliling dada
3.Ukur keliling Pinggang
4.Ukur keliling punggung
5.Ukur bidang dada depan dan belakang
6.Ukur lilit ketiak
7.Labuh baju
8.Labuh Lengan
9.Bukaan Tangan
Perhatian!! ukuran yang di gunakan adalah dalam "inci"
=Kalau tak nampak,sila klik pada gambar nanti jadi besau le.
Berpandukan rajah di bawah ni,jom kita mula buat pola badan bahagian belakang dan depan.
pola badan
POLA BADAN BELAKANG
AB - Labuh baju yang anda kehendaki
AD- 9' kalau gempal tambah lagi:ini adalah ukuran bahu ke ketiak.
DE- naikkan 4inci
AF- ukuran bahu ke pinggang , standart ukuran ialah 14'
FG- 8inci
AC- Lebar bahu bahagi dua
AH- 3.5 inci
A1=H2- 1.5 inci bentuk leher belakang
C3- Turun 1inci,garis lurus garisan H3
EI- Bidang belakang bahagi dua
DJ- ukuran keliling dada di bahagi 4 +0.5
FK- Ukuran keliling pinggang bahagi 4+1.5(1"untuk dat 0.5 untuk keselesaan)
GL dan BM- ukuran keliling punggung bahagi 4+0.5
-Sambung garis lurus 3I,
-Bentuk IJ menggunakan pembaris pembentuk
-Garis lurus JK
-Bentuk KL denagn pembentuk
-Garis lurus LM
-Dari titik M,naikkan 0.5 tandakan titik 4 dan bentukkan B4 dengan pembentuk.
DAT BELAKANG
D6=F5 -3.5inci (ntok badan gempal) 2.5( ntok badan slim2) dan 3 ( ntok badan sesedap rasa)
-Dari titik 5,buat 0.5 kekiri dan 0.5 kekanan.
-Dari titik 5 ,turun ke bawah 4.5 tanda titik 7
-Garis lurus titik2 6,5,7 sterusnya sambung titik2 kiri dan kanan tadi.
POLA BADAN DEPAN
Gunakan pola yang sama (badan belakang) dan jangan lupa gunakan pensel yang lain warna.
E8- Bidang depan bahagi 2
D9- ukuran keliling dada bahagi 4 +1
-Garis lurus 3,8
-Bentukkan 8,9 dgn pembentuk
-Garis lurus 9K
Leher Depan
A10- 4inci
10,11- 3.5inci,garis 10-11,H-11 bentukkan dengan pembentuk.
DAT DEPAN
-Dari titik 6,turunkan 1.5inci dan tanda titik 12.Sambung garisan dat.
POLA LENGAN
AB-panjang lengan
AC-turun 4inci dan garis lurus garisan .
AD-Titik tengah untuk garisan CB ( siku )
D1=D2-Adalah ukuran keliling siku bahagi 2 ( saya letak 6inci)
B3=B4-Adalah luas bukaan tangan bahagi 2 ( saya letak 7inci)
A5-Garisan ini nak kene guna formula ukuran keliling ketiak bahagi 2.Contoh= 19.5 bahagi 2 adalah 9.75 maka garisan A-5 mestilah 9.75inci.
A6-Buat garisan lurus 1.5 inci
A,6,5-Adalah garisan jatuh bahu yang perlu menggunakan formula : ukuran keliling ketiak bahagi 2 +0.5-0.25
contoh pengiraan 19.5 bahagi 2+0.5-0.25=10
Maka garisan dari titik A,6 yang merentasi titik tengah garisan tadi ke titik 5 adalah sepanjang 10inci.Untuk panduan sila gunakan benang dan ukur garisan ini,
lepas tu korang ukur pulak benang tadi dekat tali inci.
A7- ukuran ketiak bahagi 2 - 1.Buat garis lurus.Garisan ini di bahagi kepada tiga dan tandakan titik2 itu.
A8-Buat garisan lurus 1.5inci
A,8 dan 7 Ukuran ketiak bahagi 2 - 0.5 - 0.25.Untuk Membuat garisan ini sila tengok gambar yer..Sama je ngan yang sebelah dia cuma laluan titik tu berbeza.Sila mabil perhatian dekat situ k.
-Sambung garisan lurus 7,2 dan 5,1
-Bentuk garisan 2,4 dan 1,3 dengan pembentuk
-E4 -naikkan 0.5 inci dan betukkan B4....begitu juga untuk yang sebelah lagi...
Kesimpulan Formula Untuk Lengan
Credit : https://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2011/04/buat-blaouse-part-1.html
Labels: Jahitan
PAST • FUTURE