♥ Lala Masak Serai
Lala Masak Serai
Bahan bahan:
500g lala dibersihkan dan toskan
3 ulas bawang putih diketuk
1in halia dipotong panjang
5 biji cili api diketuk
3 batang serai dipotong serong
1 sudu sos tiram
1 biji bawang besar dipotong bulat
Daun bawang
Tomato
Garam dan gula Minyak
Cara memasak:
Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga harum.
Masukkan serai dan cili api. Kacau seketika
Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Kacau rata dan masukkan lala. Kacau sekejap sehingga cengkerang lala berubah warna.
Masukkan bawang besar, tomato dan daun bawang.
Padamkan api dan kacau sekejap. Siap untuk dihidang
Credit : http://resepicheff.blogspot.com/2016/06/lala-masak-serai.html
Labels: Resepi
♥ Ikan Kembung Masak Pindang
Ikan Kembung Masak Pindang
Bahan - bahan :
3 Ekor Ikan Kembung
1/2 Sudu Kecil Serbuk Kunyit
1 Batang Timun
3 Cawan Air
3 Keping Asam Gelugur
Garam
Bahan - bahan (tumis) :
2 Inci Halia
1 Labu Bawang Besar
3 Biji Cili Merah
2 Batang Serai
Cara Memasak :
Tumis bahan2 tumis (serai, bawang besar, halia & cili merah) kacau sehingga bawang layu.
Masukkan air & asam keping/asam gelugor dan sedikit serbuk kunyit utk mewarnakan masakan.
Masukkan garam & kacau. Masukkan ikan.
Labels: Resepi
PAST • FUTURE