♥ Ikan Tenggiri Masak Halia Lada Hitam
Ikan Tenggiri Masak Halia Lada Hitam
Bahan-bahan nya :
Ikan tenggiri atau ikan lain pun boleh
Halia dihiris
bawang merah dihiris
bawang putih dihiris
daun bawang dihiris
cili besar dihiris
Sos tiram
sos lada hitam
Garam
Cara-caranya :
- Ikan tenggiri di garam kunyit dan digoreng. Ketepikan.
- Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris.
Tumis sampai kekuningan.
-Masukkan sedikit air.
-Masukkan sos tiram dan sos lada hitam.
- Masukkan garam.
- Kemudian masukkan daun bawang dan cili besar.
- Last sekali masukkan ikan dan gaul sebati.siap
credit : https://www.youtube.com/watch?v=5aWOIrEuuBw
Labels: Resepi
♥ Ikan Kembung Masak Thai
Ikan Kembung Masak Thai
Bahan-Bahan :
Bahan Kisar :
Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Padi
Serai
Sos Cili
Sos Ikan
Sos Tiram
Daun Limau Purut
Bawang Merah (dihiris)
Goreng Ikan Kembung. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
Masukkan serai yang diketuk.
Masukkan sos cili, sos ikan, sos tiram. letak sedikit garam dan sedikit garam atau serbuk perasa.
Masukkan daun limau purut. Masukkan ikan yang telah siap digoreng.
Masukkan bawang yang dihiris.
Credit : https://www.youtube.com/watch?v=oBO0g5ffZyE
Labels: Resepi
♥ Ikan Masak Asam Cuka
Ikan Masak Asam Cuka
Bahan-bahan :
Ikan (siap digoreng jangan sampai garing)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih*
Cili besar*
Cili api*
Biji sawi*
Halia*
Air asam
2 sudu makan cuka
Air
Garam
Gula
Timun
Cara Memasak : -
- Panaskan lebihan minyak kemudian
masukkan bertanda *. Tumis sehingga wangi.
- Kemudian masukkan semua bahan kecuali
ikan.Tunggu seketika hingga mendidih.
- Apabila sudah mendidih masukkan ikan.
Pastikan rasa semua ada masam dan manis.
- Siap untuk dihidang dan makan dengan nasi
panas.
credit : https://www.youtube.com/watch?v=5Z-mMSuZVJQ
Labels: Resepi
PAST • FUTURE