♥ Puding Karamel Kukus
BAHAN-BAHAN
1 Cawan Gula
1/2 Cawan Air - utk karamel
5 Biji Telur
1 Tin Susu Cair
Esen Vanilla
PROSEDUR MEMASAK
Tuang gula di dalam kuali/periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA
Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul. Padamkan api
Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas yg di sediakan. Pakai jer 1 sudu besar utk 1 bekas. Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik.
Pecahkan 5 biji telur & pukul ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah & sebati
Kemudian uolss panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana
Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api
Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur & kacau bagi sebati
Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing
Barulah tuangkan adunan Susu + Telur + Gula ke dalam bekas gula hangus yg diletakkan tadi
Kukus dalam tempoh 20-30 minit
Credit : http://fakhruru.blogspot.com/2013/03/resepi-puding-karamel-kukus.html
Labels: Resepi
PAST • FUTURE